Malam
pertama adalah detik yang paling mendebarkan dalam hidup seorang gadis
yang baru melangsungkan perkahwinan. Apalagi jika perkawinan
tersebut diatur keluarga dan bukan atas dasar cinta. Pastinya dia berasa
begitu canggung dan malu lebih-lebih lagi apabila hanya berdua besama
pasangan di kamar beradu. Tambah membuatkan dada bergetar hebat apabila
secara tiba-tiba menerima sentuhan luar biasa sebelum adegan seterusnya
berlangsung.
Tanpa
sebarang ilmu apatah lagi pengalaman bersama perasaan ngeri pasti
menyelubungi diri. Meskipun begitu, anda tidak boleh lari daripada
berhadapan dengan situasi berkenaan. Apa yang penting jangan sekali-kali
melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri. Perkara berikut
mungkin secara tidak sengaja akan berlaku. Bagaimanapun, cuba sebaik
mungkin untuk menghalang daripada berlaku. Untuk pengetahuan anda,
berikut adalah empat perkara memalukan yang biasa dilakukan oleh wanita
sewaktu Malam Pertama,
PERKARA-PERKARA YANG MEMALUKAN. SILA BERI PERHATIAN!
1. Bau “Miss V” Yang Tidak Menyenangkan
Anda
Pastinya pernah mendengar kata-kata lucu tentang alat kelamin berbau
seperti ikan. Secara tidak langsung, anda turut bertanya kepada diri
sendiri adakah Miss V anda berbau seperti itu? Apa yang pasti, meskipun
tubuh sihat, namun masih mengeluarkan bau. Bau tersebut adalah hormon
pheromenes anda. Percaya atau tidak, hormon tersebutlah yang menjadikan
anda menarik di mata pasangan.
Menurut
Pakar Psikoterapi yang juga merupakan penulis The Unofficial Guide to
Dating Again, Dr Tina Tessina, bau vagina akan semakin kuat apabila
berlaku jangkitan kulat. Bagaimanapun, sekiranya anda menjaga kebersihan
dan kesihatan alat sulit, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah,
pasangan yang berhubungan intim bersama anda akan terbiasa dengan aroma
semulajadi ini bahkan tidak mustahil jika ia juga mampu membuatkan
pasangan untuk turn on bersama anda.
2. Takut Geli Saat Dirangsangkan
Saat
pertama kali disentuh pasangan, perasaan takut pada kesakitan dan
khuatir vagina tidak mampu menampung ukuran saiz zakar ketika ereksi
begitu menggerunkan. Rasa sakit sewaktu berhubungan intim biasanya
terjadi disebabkan vagina wanita masih terlaku ketat untuk menerima
penetrasi. Sebaiknya jangan malukan diri sendiri dengan jeritan kecil
atau tangisan anda.
Dalam
situasi lain, ransangan daripada pasangan turut membuatkan wanita
berasa geli dan kemudian ketawa terkekek kekek. Menurut penulis buku
berjudul Because It Feels Good: A women’s Guide to Sexual Pleasure and
Satisfaction, Dr Debby Herbenick, jangan biarkan situasi memalukan
seperti ini terjadi. Ini kerana ia bakal membuatkan mood bercinta
pasangan surut secara tiba-tiba. Sekiranya berasa geli, jangan malu
untuk meminta pada pasangan untuk memberi sentuhan lembut berbanding
sentuhan ringan yang mampu memicu perasaan geli.
3. Buang Gas Saat Berhubungan Intim
Perlakuan
ini memang sangat memalukan. Bagaimanapun, berdasarkan kajian rata-rata
wanita membuang gas sebanyak 14 kali dalam sejam sehari. Menurut Dr
Tina Tessina, wanita boleh membuang gas , sendawa atau kentut vagina
yang berlaku saat udara terperangkap di dalam vagina selama
berlangsungnya hubungan intim.
Untuk
mengelakkan kejadian tersebut, anda boleh mengambil inisiatif dengan
mengelakkan mengambil makanan yang mengandungi gas sebelum mengadakan
hubungan intim atau mengambil ubat anti gas. Bagi mengawal keadaan,
tidak salahnya kiranya anda berusaha mencipta suasana lucu dan pastinya
si dia akan ketawa. Secara tidak langsung, hubungan anda berdua akan
semakin dekat.
4. Lampu Dimatikan
Tidur
dalam keadaan lampu terpasang atau tidak, bergantung pada keselesaan
setiap individu. Sekiranya anda lebih selesa berhubungan intim di dalam
keadaan gelap, anda sebenarnya tidak sendirian. Ini kerana realitinya
wanita kurang berkeyakinan saat pasangan melihatnya dalam keadaan tanpa
seurat benang. Bagaimanapun, apa yang melucukan menurut Dr Debby
Herbenick, kebanyakan lelaki sebenarnya lebih gemar melihat pasangan
tampil dalam keadaan tidak berbaju sehingga jelas memperlihatkan stretch
mark, selulit atau sebagainya di hadapan mereka. Tambahan pula, daya
imiginasi mereka cukup hebat lebih-lebih lagi dalam perkara yang
berkaitan tubuh wanita dan gaya hubungan intim.
Sebenarnya,
berhubungan intim dalam keadaan lampu dimatikan, menurunkan kepuasan
lelaki dalam seks. Bagi yang tidak biasa, cubalah manfaatkan cahaya
lilin atau sebuah lampu tidur di kamar beradu anda. Dalam hal ini,
cubalah untuk tidak memalukan diri anda sendiri dengan pengetahuan cetek
mengenai kegemaran pasangan sewaktu bersama.
Sumber: http://tanyalelaki.com/
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
BalasHapusKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل