Di
atas pengalaman rumahtangga kawan yang runtuh bagaikan negara Haiti
yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7 scala richter. Kali ini
penulis terpanggil untuk menulis sedikit sebagai nasihat kepada
pembaca-pembaca untuk menghayati tajuk kali ini. Rumahtangganya yang
runtuh dan ranap menyembah bumi bukan retak lagi berpunca dari hubungan
seks yang hambar atau kurang hubungan seks pada awal perkahwinan mereka.
Walaupun
penulis sendiri sekarang adalah dalam kumpulan yang sederhana dalam
hubungan seks tetapi jika keperluannya tinggi akan berusaha juga
memenuhi hajat tersebut dengan apa cara sekalipun. Seks adalah fitrah
manusia yang indah dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kepada
lelaki yang kurang minat dalam hubungan seks adalah suatu yang tidak normal atau pun dikatakan lelaki ini mempunyai masalah dengan hormon sex testosterone.
Membicarakan
tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan
adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu
ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap
menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat
berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh
ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan
dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan
lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa
keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media
massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah
pengetahuan seks yang sebenarnya.
Dalam
Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk
diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan
haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam
rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang
lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin
mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh
pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan
tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat
berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping
dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak
pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang
hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu
merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah
Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan
gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan
fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak
nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana
kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting
bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk
isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan
beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.
DALAM
Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan
hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti
dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:
"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)
Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu
"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".
"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)
"Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta".
Tetapi
janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta
pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu
bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh
ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.
Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata:
Suami
wajib mengumpuli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia
mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan
Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan
pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks
bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri
kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.
Suatu
malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar
keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya:
Malam
ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada
kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada
Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah
bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku
Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya.
Rupanya
suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina
Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di
medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan
di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.
Dari
kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja
keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi
dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri.
Seorang
sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang
mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya
kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini
menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:
"Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan."
Rasulullah saw bersabda:
"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )
Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:
"Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula".
Hadis
ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata
pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan
biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl
adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab
untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar
faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan.
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan
makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa
kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam
hubungan suami isteri.
Setiap
pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang
betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi
keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup
bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak
pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar
menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar
dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah
atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi
perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.
Sunat
Sunat
melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami
menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa
uzur.
Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing."
Makruh
Makruh
melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan,
waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh
membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.
Haram
Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya:
"Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih." (Surah al-Baqarah, ayat 222).
Pakar
perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak
boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah
kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.
Di
samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada
dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang
puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri
melalui duburnya.
Demikian
besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah
hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau
dipaksa.
Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya:
"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah." (Hadis riwayat Muslim)
Dengan
kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan
mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan
ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha
menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.
Wasallam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar